ECB Pilih Stellar Lumens Untuk Terbitkan Euro Digital?

540

Selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde membuat kenyataan berkaitan matawang digital bank pusat (CBDC) pada minggu lepas, komuniti Stellar (XLM) di Reddit mula beranggapan jika euro digital bakal diterbitkan di blockchain Stellar Lumens.

Salah satu pengguna Reddit dan juga ahli komuniti Stellar tidak dapat menyangkal tanggapan itu jika pihak bank pusat bersetuju untuk memanfaatkan ‘public-private partnership’:

“Mereka tidak akan meruntuhkan sistem semasa berahsia lagi. Rahsia keseluruhan sistem kewangan semasa adalah isu terbesarnya dan mengapa tiada yang mempercayai ahli ban. Wang tersebut akan tersedia secara umum, dipercayai oleh semua pihak,” @u/radublebea.

Menariknya, komuniti ini teruja kerana Lagarde pada minggu lepas turut menekankan beberapa syarat yang mana sangat dekat dengan ciri Stellar Lumens: keupayaan menyelesaikan transaksi, pengiriman wang rentas sempadan, dan kebolehan medium pertukaran.

Rata-rata penyokong Stellar percaya institusi perbankan akan memilih untuk menggunakan private blockchain untuk menghoskan CBDC.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak jika euro digital boleh saling beroperasi dengan CBDC lain atau dapat ditukarkan kepada matawang kripto di blockchain Stellar Lumens, Ethereum dan lain-lain.

Ketika penulisan XLM didagangkan pada $0.46 dengan peningkatan sebanyak hampir 9% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat