ECB Villeroy: Rangsangan Monetari Masih Diperlukan

34

Bank pusat Eropah (European Central Bank, ECB) di landasan yang tepat dalam memandu inflasi kepada sasaran dua peratus tetapi polisi pelonggaran masih diperlukan, kata pembuat polisi Francois Villeroy de Galhau pada Rabu.

Bercakap kepada suruhanjaya kewangan di parlimen Perancis sebagai Gabenor Bank of France (Bank pusat Perancis), beliau berkata ECB telah mengurangkan risiko deflasi walaupun inflasi masih jauh daripada sasaran.

“Kita telah melakukan kemajuan, tetapi kita masih belum mencapai sasaran dan oleh sebab itu, polisi monetari akomodatif masih diperlukan,” kata Villeroy.

Dalam perkembangan lain, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets UK Michael Hewson berkata, “Presiden Draghi berkemungkinan akan memberikan komen yang dovish bagi mengekalkan matawang Euro pada paras semasa di mana pasaran sedang menumpukan mesyuarat ECB esok. Untuk pergi ke paras 1.2000, paras 1.1620 harus ditembusi dan juga paras tertinggi tahun lalu.”

“Dengan keadaan ekonomi yang semakin baik, pasaran melihat hanya masa yang akan menentukan pengurangan rangsangan secara beransur-ansur oleh ECB.”

Paras inflasi Zon Eropah ketika ini berada di paras 1.30% susut daripada 1.4% yang dicatat pada Mei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat