Ekonomi dan Dolar Australia. Apa yang Kita Tahu Setakat Ini.

179

Polisi monetari Australia pada hari ini dikekalkan oleh Bank Pusat Australia (RBA: Reserve Bank of Australia) dengan kadar faedah dikekalkan pada paras 1.50%. Pengekalan ini dibantu oleh data inflasi suku ketiga yang menunjukkan ekonomi menuju ke arah yang betul.

Pihak RBA mengatakan, ramalan pertumbuhan ekonomi dan inflasi meningkat sedikit berbanding tiga bulan lepas. Pertumbuhan ekonomi tahun depan juga dijangkakan akan meningkat ke paras optimum sebelum menguat secara berkala. Inflasi pula dijangka menguat sepanjang dua tahun kedepan secara berkala.

Consumer price index,CPI (Indeks harga pengguna) meningkat 0.70% pada suku ketiga dan 1.30% sepanjang tahun ini. Data ini sebenarnya agak mengejutkan kerana pada suku kedua inflasi melemah ke paras terendah sejak 17 tahun lepas.

Pada mulanya iaitu pukul 11.30 pagi pengumuman kadar, AUD/USD menguat sedikit dan hanya naik 16 pip dari paras asal (bulatan biru pada graf) 0.7600 ke 0.7616. Selepas itu, AUD/USD membuat rally (naik) selepas 30 minit kenyataan dikeluarkan ke paras 0.7647. AUD/USD sudah berada di paras 0.7666 semasa artikel ini ditulis.

Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Apa yang menyebabkan AUD menguat berbanding USD?

Kenyataan RBA dilihat kurang unsur easing bias (kecenderungan kepada pelonggaran polisi) yang menyebabkan Aussie menguat. Data inflasi yang agak baik baru-baru ini dan juga forward guidance (panduan kehadapan) terhadap jangkaan pertumbuhan ekonomi memberikan isyarat kepada pemain pasaran bahawa kadar faedah akan dikekalkan.

Bank pusat mengatakan inflasi pada September telah dijangkakan dan akan kekal rendah untuk jangka masa pendek. Tiada komen tentang faktor penyumbang kepada peningkatan inflasi iaitu peningkatan dalam harga buah-buahan dan sayuran.

Lihat tren inflasi Australia yang semakin baik.

lan-92

Dalam kenyataan berlainan, jangkaan pertumbuhan ekonomi dan inflasi masih dikekalkan sejak mesyuarat Ogos lepas memberikan isyarat kepada pasaran bahawa RBA masih dalam mood tunggu dan lihat data-data penting yang menjadi fokus kepada RBA.

 

Ini Serba Sedikit Ringkasan Menjelang Penetapan Kadar Australia RBA

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat