Ekonomi Greece Semakin Pulih – Standard & Poor’s (S&P) Naikkan Taraf Unjuran

557

Greece merupakan negara sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU). Pada tahun 2011, Greece telah terjerumus ke dalam kancah kemelut ekonomi Eropah. Greece terperangkap dalam kemuflisan dan menghadapi kemerosotan ekonomi.

Pengurusan negara yang lemah menyebabkan hutang negara itu mencecah melepihi 130 peratus. Defisit perbelanjaan kerajaan pula mencatat sebanyak 15.1% pada tahun 2009 dan 10.3% pada tahun 2011.

Bagi memulihkan eknomi negara tersebut, kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan seperti austerity measure (langkah penjimatan). Justeru banyak cukai yang dinaikkan, subsidi ditarik, wang persaraan dikurangkan dan sewaktu dengannya. Namun pendekatan ini mendapat bantahan dan dan ditamatkan pada tahun 2015 setelah parti Syriza memenangi pilihanraya pada tahun tersebut.

Semejak itu, Greece telah diisytiharkan muflis dan mula mengamalkan capital control  iaitu dengan mengawal aliran wang yang boleh dikeluarkan atau dimasukkan.

Selepas 2 tahun, negara Greece telah menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. Pada minggu lalu, 20 Januari 2018, agensi Standard & Poor’s (S&P) telah menaikkan taraf hutang jangka panjang Greece daripada B- kepada B.

Agensi tersebut juga menjangkakan Greece akan mencatat pertumbuhan GDP benar sebanyak 2% pada tahun 2018. Selain itu, ekonomi Greece juga telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan terutama dari segi fiskal.

Walaubagaimanapun, negara tersebut masih lagi berada dalam tangga kedua, hutang tertinggi setelah Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat