Ekonomi UK Jatuh Lebih Teruk Daripada Jangkaan!

419

Ekonomi UK menguncup lebih parah daripada dijangkakan pada bulan Julai sekali gus mendorong mata wang pound tergelincir rendah.

Terbaru, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan keluaran dalam negara kasar UK merosot sebanyak 0.5% bulan ke bulan pada Julai berbanding jangkaan penguncupan sebanyak 0.2%.

Ia merupakan penurunan terbesar yang dicatatkan setakat tahun ini setelah merekodkan pertumbuhan 0.5% pada bulan Jun.

Menurut data ONS itu lagi, semua sektor utama ekonomi iaitu perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan menunjukkan kemerosotan pada bulan Julai.

Hal ini sekali gus memberi petanda bahawa ekonomi UK semakin lemah, yang mana ia mungkin lebih buruk daripada dijangkakan Bank of England (BOE).

Pasaran kini menantikan satu lagi petunjuk ekonomi, iaitu data inflasi UK yang akan diterbitkan pada minggu depan (Rabu) sebelum mesyuarat dasar BOE pada hari Khamis.

Dalam pada itu, ketua ekonomi UK di Capital Economics menyifatkan kejatuhan dalam data KDNK terbaru menunjukkan bahawa kemelesetan di negara itu mungkin telah bermula.

Kesan kepada mata wang dapat dilihat pada penurunan lebih rendah pound ke paras harga 1.2445 berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat