Ekosistem XRP Bakal Terancam Selepas Keputusan Mahkamah Kes SEC-Ripple

716

Isu SEC vs Ripple akhirnya menuju ke garisan penamat selepas wakil XRP memfailkan usulnya dalam Summary Judgment, namun dokumen yang difailkan menyatakan bahawa ekosistem XRP mungkin menghadapi risiko menjelang akhir proses ini.

Setakat ini terdapat dua tuntutan yang difailkan dimana isu “common enterprise” lebih menjadi tumpuan berbanding “investment contract” .

Diperjelaskan bahawa Ripple menuntut ekosistemnya tidak berasaskan “common enterprise” tetapi SEC berkata sebaliknya.

Menurut John Deaton, SEC memaksa Ripple membuat pengakuan bahawa pemegang XRP tidak mempunyai kepentingan undang-undang dalam firma tersebut.

Tambahnya lagi, SEC mendakwa XRP bukanlah pelaburan baik, walaupun token tersebut adalah representasi usaha Ripple dan ekosistemnya tergolong daripada syarikat itu sendiri.

Walaupun begitu, setiap pemegang XRP tidak akan membuat tindakan terburu-buru terhadap hujah yang dibentangkan dan jika kes menang mungkin XRP akan digunakan kepada semua undang-undang sekuriti secara umum.

Pada sumber berbeza, Caroline Pham, salah seorang daripada lima pegawai di United States Commodity Futures Trading Comission (CFTC) dikatakan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Brad Garlinghouse atas tujuan ‘lawatan pembelajaran’ Ripple Labs.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mempelajari kripto dan blockchain sebelum mahkamah mengumumkan keputusan isu kontroversi XRP setelah berlarutan sejak 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat