Eksport Jepun Mencatat Peningkatan 13 Bulan Berterusan Sehingga Disember 2017

265

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Menteri Kewangan pada awal pagi tadi, Jepun mencatat peningkatan eksport 13 bulan berturut-turut sehingga Disember 2017.

Pada bulan Disember, Jepun mencatat peningkatan eksport sebanyak 9.3% didorong oleh permintaan tinggi dari negara China dan Asia secara keseluruhan. Namun bacaan ini rendah daripada jangkaan penganalisis dan bacaan bulan November.

Nilai eksport ke China naik sebanyak 20.5% setahun pada bulan Disember didorong oleh pengeluaran alatan semikonduktur.

Hal ini memberi indkasi bahawa keyakinan pengeluar dijangka akan mencatat paras tertinggi 11 tahun lalu pada bulan Januari.

Walaubagaimanapun, Jepun juga mencatat peningkatan dalam import dengan peningkatan sebanyak 14.9% pada bulan Disember.

Namun, ekonomi Jepun masih mencatat lebihan dalam imbangan dagangan iaitu sebanyak ¥359 billion pada bulan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat