Eksport Jepun Menyusut Tetapi Permintaan Kereta Meningkat!!

245

Eksport Jepun telah jatuh selama 12 bulan berturut-turut pada September sejak tahun lepas selepas data rasmi keluar hari ini. Kejatuhan ini disebabkan peningkatan nilai Yen menyebabkan harga eksport menjadi mahal. Pun begitu, difahamkan aktiviti perkapalan bagi penghantaran dilaporkan meningkat disebabkan permintaan global yang menggalakkan. Oleh itu, diharap terdapat data-data positif beberapa bulan ke depan.

Kementerian Kewangan Jepun melaporkan data eksport jatuh 6.90% pada September berbanding bulan sama tahun lepas. Bulan Ogos juga kurang memberangsangkan yang mencattakan penyusutan 9.60% yang disumbangkan oleh kejatuhan penghantaran kereta ke US, barang elektronik ke China dan juga eksport keluli.

Dari segi volume, eksport meningkat 4.70% sepanjang tahun ini sehingga September iaitu peningkatan tertinggi sejak dua tahun ini.

Penganalisis mengatakan eksport bersih telah menyumbangkan kepada pertumbuhan GDP (KDNK) bagi bulan Julai ke September tahun ini. Pengurangan dalam import menyaksikan data menurun 0.30% pada suku ke-dua tahun ini. Peningkatan pertumbuhan ini juga disumbangkan oleh permintaan peralatan iPhone dan juga jualan kereta di Eropah yang menyumbang kepada KDNK Jepun.

Menurut Tokuda, Penganalisis di Bank Mizuho, beliau mengatakan mungkin ini hanya kesan jangka pendek yang telah membantu naikkan eksport kerana baginya eksport Jepun masih kurang kekuatan disebabkan kurangnya perbelanjaan yang dicatatkan ekonomi global.

Bank of Japan akan terus meneliti data-data yang ada pada mesyuarat 31 Oktober ini yang mana kita akan melihat prospek ekonomi Jepun dengan lebih jelas. Namun, bank pusat itu dijangka tidak akan mengubah polisi semasa.

Dilaporkan juga, Kementerian Kewangan Jepun menunjukkan nilai eksport ke China yang juga rakan dagang terbesar Jepun jatuh 10.60% pada September berbanding bulan sama tahun lepas.

Penghantaran ke Asia juga menyusut sebanyak 8.4% menyaksikan penurunan 13 bulan berturut-turut.

Eksport ke US pula jatuh 8.70% menyaksikan penyusutan selama 7 bulan berturut-turut, manakala penghantaran ke Kesatuan Eropah pula naik sebanyak 0.70% iaitu kenaikan pertama sejak 5 bulan lepas.

 

Jepun Mengalami Kesukaran Untuk Naikkan Inflasi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat