Jepun Mengalami Kesukaran Untuk Naikkan Inflasi!

329

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda hari ini mengatakan Bank pusat mungkin akan mengubah semula tempoh untuk mensasarkan kadar inflasi disebabkan peningkatan harga yang lemah.

Beliau juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan meningkat tahun hadapan dengan sokongan dari pertumbuhan ekonomi global.

Pun begitu, beliau mencadangkan harga konsumer yang melemah sejak akhir-akhir ini yang mencatatkan kejatuhan 6 bulan berturut-turut akan memaksa Bank of Japan memotong ramalan inflasi, semasa review suku tahunan pada mesyuarat 31 oktober sehingga 1 november ini.

Beliau menjangkakan mungkin akan ada perubahan kepada jangkaan inflasi untuk tahun hadapan.

Dari sumber yang boleh dipercayai, yang dilaporkan Reuters, Bank of Japan akan memotong jangkaan inflasi mereka walaupun bank pusat Jepun ini masih meneruskan polisi pelonggaran (easing policy).

Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa Jepun masih mengalami kesukaran untuk mencapai sasaran inflasi mereka sebanyak 2%.

Hal ini disebabkan kurangnya permintaan konsumer dalam ekonomi Jepun, selain faktor harga minyak yang masih rendah.

Harga minyak yang rendah menyebabkan kos bagi perniagaan di Jepun menjadi murah. Kita tahu Jepun adalah sebuah Negara pengeksport dan apabila harga minyak turun menyebabkan harga barang semakin rendah. Selain itu, inflasi yang sukar meningkat ini juga disebabkan kurangnya permintaan konsumer di Jepun itu sendiri yang menyukarkan inflasi untuk naik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat