Elon Musk Disaman $258 Bilion, Dituduh Buat Skim Piramid Dogecoin?

1,724

‘Dah dituduh buat skim penipuan pulak, cuba tengok filem ROMPAK kot-kot ada Elon Musk berlakon dalam tu sebagai scammer.’

Jutawan terkaya dunia, Elon Musk menghadapi pertuduhan mahkamah dan saman bernilai $258 bilion oleh seorang plaintif yang merupakan pelabur kripto atas dakwaan menjalankan skim piramid mata wang kripto Dogecoin (DOGE).

Keith Johnson dalam pemfailan di mahkamah Persekutuan Manhattan menuduh Musk sengaja menggembar-gemburkan (hype) DOGE untuk menaikkan harganya kemudian membiarkan sahaja mata wang kripto tersebut ketika jatuh.

Ulasnya lagi Musk sengaja mempromosikan DOGE, aset yang dipegang sejak 2019, untuk meraih keuntungan walaupun menyedari mata wang kripto tersebut tidak mempunyai nilai setanding Bitcoin (BTC) atau Ethereum (ETH).

Selain itu, Johnson turut menamakan Warren Buffett, Bill Gates dan beberapa lain yang menjadi ‘penunggang hype‘ mata wang kripto.

Difahamkan bahawa plaintif Johnson meminta ganti rugi sebanyak $86 bilion, mewakili penurunan dalam nilai pasaran DOGE sejak Mei 2021 dan mahukan penambahan nilai 3 kali ganda.

Menurut peguam Johnson pula, Musk dan syarikatnya perlu dilarang daripada mempromosikan DOGE dan mahukan hakim mengisytiharkan perdagangan DOGE sebagai satu perjudian di bawah undang-undang persekutuan dan New York.

Bagi menyokong cadangan tersebut, peguam Johnson telah memetik peristiwa semasa Musk muncul sebagai pakar kewangan yang direka pada satu segmen di Saturday Night Live dan mengemukan DOGE sebagai kegemarannya.

Setakat ini pihak Musk mahupun Tesla atau SpaceX milik jutawan tersebut tidak mengeluarkan sebarang reaksi balas.

Dalam pada itu, semasa artikel ini ditulis harga DOGE masih merosot 1.79% pada $0.05 dengan permodalan pasaran sebanyak $7.6 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat