Elon Musk Jual Lagu NFT Pula!

609

Barangkali mahu cuba sesuatu yang baru, Elon Musk menjual pula lagu berkaitan non-fungible token (NFT) sebagai NFT.

Perkara itu didedahkan menerusi tweet beserta satu video lagu berlatarkan piala emas dengan perkataan ‘NFT’, ‘HODL’, ‘Computer Never Sleep’ dan ‘Vanity Trophy’ di laman Twitter pada malam tadi waktu Malaysia.

“Saya menjual lagu mengenai NFTs sebagai NFT.”

Pengasas Tesla itu sudah lama tampil sebagai imej yang menyokong kuat industri kripto terutama Dogecoin (DOGE).

Berbeza pula pada kali ini, Musk menjual pula lagu dalam bentuk NFT. Buat masa sekarang, tidak pasti lagi platform mana lagu ini akan dilelong dan berapakah nilainya.

Mungkin juga figura ini terinspirasi daripada teman wanitanya, Claire Boucher atau dikenali sebagai Grimes, penyanyi elektro-pop yang telah menjual koleksi lagu digital sebagai NFT, WarNymph pada bulan lalu pada tanda harga $5.8 juta!

NFT mula mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. Lambakan seni seperti lagu dan video telah memasuki pasaran NFT dengan pemilikan aset itu dipamerkan menerusi blockchain.

Pada minggu lepas, sebuah karya NFT ‘Everydays: The First 5000 Days’ oleh Beeple telah terjual pada $69 juta, menjadikan ia sebagai seni digital termahal yang terjual.

Pada masa yang sama, Ethernity Chain, Authentic Brangs Group (ABG) dan Ali Foundation telah mengumumkan akan melancarkan koleksi digital NFT, The Ali Collection sempena ‘The Fight of the Century’, perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Frazer pada Mac 1971.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat