Elon Musk Menangis, Tesla Terus Jadi Punca Beliau Miskin

576

‘Overall okay ja prestasi syarikat tapi biasalah miss expectation tu.’

Syarikat kereta elektrik (EV) yang diterajui jutawan Elon Musk, Tesla Inc mencatat laporan pendapatan korporat yang tidak memberangsangkan.

Meneliti keputusan laporan tersebut, margin pertumbuhan suku ke-3 (Q3) syarikat gagal mencapai unjuran penganalisis dengan hanya sekadar mencatat 27.9%, turun daripada rekod setahun lalu pada 30.5%.

Hasil pendapatan syarikat turut sama gagal melewati unjuran penganalisis pada $21.96 bilion untuk mencatat hanya $21.45 bilion.

Syarikat juga dilihat menggariskan faktor negatif kesan pertukaran asing sebanyak $250 juta ke atas pendapatannya dengan dolar mengukuh berbanding sejumlah lain.

Selain itu, kenyataan rasmi dari Musk turut mengatakan bahawa syarikat menjangkakan kelewatan penghantaran kenderaan untuk tahun ini memandangkan terdapat masalah logistik yang masih berlarutan.

Rentetan itu, beliau meletakkan unjuran suku ke-4 bagi pertumbuhan syarikat di bawah 50% sungguhpun pertumbuhan pengeluaran dijangka meningkat 50%.

Pada sisi positif, Musk menyatakan terdapat penambahan permintaan untuk Q4 yang seterusnya mengenepikan kebimbangan mengenai kelemahan kuasa beli pengguna di sebalik keadaan ekonomi global dan peningkatan harga.

Syarikat juga menyaksikan peningkatan penghantaran kenderaan sebanyak 343,000 kenderaan pada Q3, lonjakan 40% daripada tempoh sama tahun lepas.

Dalam pada itu, pelabur difahamkan akan terus meneliti perkembangan syarikat dengan isu pembelian Twitter oleh Musk masih belum selesai dan saham syarikat yang tumbang 50% dari paras tertinggi November tahun lepas.

Setakat penulisan ini, saham Tesla diniagakan positif 0.84% pada $222.04 dengan permodalan pasaran sebanyak $695.76 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat