Pengasas Tesla, Elon Musk percaya Dogecoin (DOGE) boleh meningkatkan saiz blok sehingga 900% dan tanggapannya itu disanggah pengasas Ethereum (ETH), Vitalik Buterin.
Buterin dalam blog peribadinya ada menjelaskan, peningkatan parameter rangkaian membolehkan data yang diproses mencapai tahap maksima. Bagaimanapun, tindakan tersebut mampu menjejaskan sistem ke pemusatan ekstrem dan akan mengubah konsep asal blockchain.
Disebabkan itu, Buterin menganggap meningkatkan parameter sebagai ‘fundamentally flawed’ atau ‘kecacatan asas’.
Mana tidaknya, komputer yang menjalankan nod blockchain tidak mampu menggunakan tenaga CPU 100% untuk mengesahkan rantai.
Malah, serangan Denial-of-Service (DoS) tidak mungkin akan berlaku terhadap rangkaian desentralisasi, yang mana menjadi sebab mengapa pengesahan rantai berkomputer memerlukan skala keselamatan yang lebih besar untuk berlindung dari serangan tersebut.
Vitalik juga ada menggariskan kepentingan untuk pengguna sepenuhya menjalankan nod bagi memastikan ekosistem benar-benar desentralisasi.
Hal ini berbeza dengan blockchain Ethereum yang mampu meluaskan skalabilitinya sehingga 1 juta transaksi sesaat tanpa merisikokan sekuriti rangkaian.
Mungkin, apa yang dikongsikan Buterin ibarat menyiram air ke daun keladi kerana Elon Musk dilihat tidak peduli.
Figura itu memberi respons: “He fears the …” bersama gambar anjing shiba inu sedang mendekati dolar berserta kapsyen ‘You’ll never use the dollar again’.
He fears the … pic.twitter.com/78WzM5ICjA
— Elon Musk (@elonmusk) May 24, 2021