Emas Berjaga-Jaga Menanti ‘Gelora’ NFP AS

1,408

Harga emas sedikit berubah pada dagangan sesi Asia ketika tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Logam berharga itu pada mulanya merosot selepas data PMI perkhidmatan ISM AS menunjukkan bacaan positif pada bulan Januari dan laporan tuntutan pengangguran yang terus menunjukkan pengurangan.

Bacaan positif daripada data-data tersebut kembali mengangkat harapan pelabur untuk melihat laporan pekerjaan NFP yang baik meskipun data ADP sebelum ini menunjukkan angka mengecewakan.

Walaupun begitu, harga emas kembali meningkat untuk didagangkan pada $1,806 per auns pada sesi Asia disebabkan kemerosotan US dolar yang terkesan oleh kebangkitan mata wang utama seperti pound dan euro.

Dalam pada itu, pengukuhan logam kuning emas juga disokong oleh prospek inflasi dari bank-bank pusat utama yang melihat tekanan harga akan berterusan dalam jangka masa lebih lama.

Namun, peningkatan tersebut terbantut oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi menyebabkan harga emas terus berlegar di sekitar harga yang sama.

Pelabur kini lebih berhati-hati sementara menantikan pengeluaran data pekerjaan NFP pada sesi New York yang dijangka akan menunjukkan sedikit penurunan daripada bacaan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat