Emas Bukan Calang-Calang, Kembali Tawan Posisi $2,300 Selepas ‘Dimalukan’

452

Emas mencatatkan keuntungan kukuh pada Isnin dengan meningkat lebih 0.50% di tengah-tengah pengukuhan hasil Perbendaharaan AS.

Walaupun ia alami penyusutan tinggi pada hujung minggu lepas ke paras $2,277, logam kuning itu masih mengekalkan mod defensifnya di saat kekuatan USD mendominasi pasaran menjelang kemunculan beberapa data penting ekonomi minggu ini.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,309.89 iaitu sedikit susut pada 0.06% sejak ia dibuka pada sesi awal dagangan Asia pagi tadi.

Sentimen pasaran kini masih dipengaruhi laporan Non-Farm Payroll (NFP) AS untuk bulan Mei yang menunjukkan bahawa pasaran buruh kekal berdaya tahan walaupun laporan sebelumnya agak perlahan. 272,000 peluang pekerjaan telah muncul melebihi anggaran pasaran iaitu 185,000.

Selain itu, purata pendapatan setiap jam meningkat namun kadar pengangguran di AS juga turut meningkat.

Buat masa ini, laporan inflasi AS pada minggu akan menjadi perhatian penting buat peserta pasaran untuk melihat langkah Federal Reserve (Fed) seterusnya.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan inflasi kekal stabil serta mendorong untuk Fed tetapkan kadar faedah tinggi semasa untuk jangka masa lebih lama.

Jika inflasi semakin mudah untuk dilembutkan, Fed perlu menggerakkan sentimen dasar mereka bersesuaian dengan retorik semasa dan ini akan terus membuka jalan pendakian tinggi buat nilai emas.

Selepas data inflasi diterbitkan, Fed akan mengumumkan keputusan dasar monetarinya dan mengemaskini Ringkasan Unjuran Ekonomi (SEP). Sebarang kecondongan hawkish dalam ucapannya nanti akan mencetuskan pergerakan ketara dalam pasaran.

Dalam pada itu, hasil nota Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat tiga setengah mata asas kepada 4.47% dan memberi halangan untuk logam kuning menyerlah. Ini menjadi punca buat Indeks Dolar (DXY) yang mengukur kekuatan dolar AS kukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain sebanyak 0.23% kepada 105.17.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat