Emas Bukan Setakat Terjun, Menyelam Terus!

2,697

Harga emas meningkat sedikit pada sesi Asia selepas menjunam lebih 5% susulan pengumuman Pfizer dan BioNTech mengenai vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh mereka menunjukkan hasil 90% keberkesanan dalam mencegah coronavirus.

Berita gembira ini telah disambut baik oleh pasaran saham dan matawang yang menyaksikan Wall Street naik ke paras tertinggi sepanjang masa ketika pembukaan sesi New York dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun mencecah tahap tertinggi sejak Mac.

Sementara dolar greenback pula melonjak berbanding matawang utama, disokong oleh kepercayaan bahawa langkah rangsangan mungkin tidak diperlukan lagi jika vaksin diberikan kepada seluruh penduduk AS.

Pada sesi Asia, emas kembali mencatatkan sedikit peningkatan dengan didagangkan sekitar harga $1,876 per auns setelah jatuh dengan ketara ketika sesi dagangan New York pada $1,850 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan positif pada $1,874 per auns (11 pagi waktu Malaysia).

Perkembangan positif mengenai vaksin Pfizer menandakan kejayaan dalam memerangi Covid-19, sementara Goldman Sachs pula menjangkakan lebih banyak ‘pemulihan V’ dalam ekonomi global.

Pemulihan yang lebih kukuh juga bermaksud bank pusat tidak perlu mengambil langkah yang ekstrem untuk menyokong ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat