Emas Gagal Teruskan Pendakian, Dolar AS Mulakan Langkah Kanan!

766

Selepas perlahan semalam, mata wang dolar AS bergerak positif pada pembukaan sesi dagangan Asia pagi tadi walaupun tidak ketara. Ia bukan sahaja lebih mengukuh tetapi akan membuka jalan keuntungan sepanjang minggu ini.

Secara tak langsung, ini akan terus memberi kelebihan kepada nilai mata wang dolar AS dan memberi tekanan kepada harga emas untuk menunduk sedikit.

Walau bagaimanapun, emas yang mengalami pemulihan sejak hujung minggu lepas dan kini kekal stabil di paras $2,050 dilihat masih cuba bertahan walaupun tergelincir berbanding dolar AS buat masa ini.

Paras terkini emas masih lagi dalam kawasan tertinggi sama seperti kemuncaknya pada Ogos 2020 dan April 2023 disebabkan oleh ketidakstabilan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh berbanding beberapa kumpulan mata wang utama dunia dengan mencapai paras 102.60 mata. Hasil perbendaharaan untuk 10 tahun di AS pula naik tidak ketara iaitu berada pada 3.95%.

Menurut Federal Reserve Atlanta, Raphael Bostic berkata Fed perlu menahan sekurang-kurangnya sehingga musim panas bagi mengelakkan harga barangan meningkat semula. Katanya lagi, inflasi mesti dikembalikan kepada sasaran 2% jika berlakunya kesan buruk pada keadaan pasaran.

Pasaran kini akan terus memberi fokus dengan ketegangan konflik di Timur Tengah. Terkini, kumpulan Houthi telah melepaskan peluru berpandunya dan mengenai kapal milik AS semalam di Teluk Aden, Yaman.

Situasi ini mungkin akan menaikkan harga emas kerana para pelabur menganggapnya sebagai aset selamat di saat berlakunya ketegangan geopolitik.

Minggu ini, para pelabur akan kekal dengan perhatian mereka terhadap situasi di Laut Merah dan Gaza. Hari ini akan diperhatikan Indeks Pembuatan Negeri AS untuk Januari pada jam 9.30 malam.

Pukul 12 pagi pula, pasaran akan mengambil laporan ucapan pegawai Fed Waller bagi menjangkakan langkah dasar seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat