Dagangan logam kuning naik 0.80% selepas hasil bon Perbendaharaan AS susut berikutan laporan data-data ekonomi AS bercampur-campur dan meningkatkan lagi harapan pelonggaran dasar oleh Federal Reserve (Fed).
Risiko ini akan memberi dorongan tinggi dalam nilai emas untuk meneruskan pendakian bagi mencapai sasaran kemuncak pada tahun 2024.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,348.49 iaitu berubah sebanyak 0.11% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi.
Pada minggu lepas, data Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) yang merupakan panduan inflasi Fed bergerak stabil dan ini meningkatkan harapan pemotongan kadar faedah seterusnya.
Selain itu, aktiviti perniagaan di AS bercampur-campur pada Mei yang menguncup untuk dua bulan berturut-turut berdasarkan laporan S&P Global dan Institusi Pengurusan Bekalan (ISM).
Kesannya, hasil bon Perbendaharaan AS jatuh dan mata wang dolar AS melanjutkan kerugiannya untuk tiga hari berturut-turut.
Hasil bon 10 tahun AS menjunam sebelas mata asas kepada 4.392%. Manakala, Indeks Dolar AS (DXY) jatuh menjejaki prestasi kumpulan enam mata wang utama sebanyak 0.5% kepada 104.07 mata.
Perkembangan dari sudut geopolitik, Hamas menerima cadangan gencatan senjata oleh Presiden AS Joe Biden. Namun, Presiden Israel Benjamin Netanyahu menolak dan kekal dengan pendirian mereka untuk menamatkan perang.
Melihat pada teknikal, harga emas kekal kukuh selepas melantun daripada Purata Pergerakan Mudah (SMA) 50 hari sebelum ini pada $2,331. Momentum beralih memihak ke arah belian apabila RSI kekal di atas garis tengah 50.
Pasaran kini menetapkan paras rintangan atas seperti biasa iaitu pada posisi $2,400 diikuti dengan kawasan tertinggi sepanjang masa pada $2,450 dan sasaran penghujung tahun pada $2,500.
Jika berlaku pembalikan, pasaran akan meletakkan satu posisi sokongan yang tidak berapa jauh pada $2,331 yang berpotensi membuka jalan mencabar ke paras terendah 8 Mei iaitu $2,303 diikuti dengan kawasan rendah 3 Mei pada $2,277.