Emas Makin Menggila, Sikit Lagi Nak Tembus $1,800!

1,389

Emas bersinar terang ketika pasaran mata wang mempamerkan pergerakan suram, menjadikannya antara yang mempamerkan prestasi terbaik menjelang penerbitan laporan inflasi Amerika Syarikat.

Logam kuning itu melanjutkan momentum pengukuhannya dengan meningkat lebih tinggi menghampiri paras harga $1,800 per auns, membawanya didagangkan pada $1,792 per auns pada sesi Asia hari ini.

Penganalisis melihat pengukuhan ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh dagangan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih lemah ketika pelabur menantikan data harga pengguna AS.

Indeks harga pengguna (CPI) AS dijangka meningkat 8.7% tahun ke tahun pada bulan Julai, susut daripada kenaikan 9.1% yang dicatatkan pada Jun.

Sekiranya benar inflasi mencatatkan penurunan, ia boleh mempengaruhi dagangan terhadap emas yang biasanya dianggap sebagai lindung nilai kepada inflasi oleh pelabur.

Ia juga bakal mempengaruhi keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menetapkan kadar faedah seterusnya pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat