Emas Masih Lemah, Pelabur Takut Mahu Dekat!

370

Kesuraman terus menyelubungi dagangan emas pada Rabu ketika semua tumpuan pelabur kini terarah kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat dan minit mesyuarat FOMC.

Menghiasi dagangan sesi Asia, spot emas kekal melemah pada sekitar harga $1,662 per auns manakala niaga hadapan emas pula suram pada $1,670 per auns.

Dolar greenback pula terus memperpanjangkan pengukuhan dengan sokongan daripada hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi.

Pelabur kini lebih berwaspada menjelang keluaran minit FOMC dan data inflasi pengguna AS pada hari Khamis.

Bagaimanapun, jangkaan inflasi yang lebih kukuh dijangka akan memihak kepada permintaan US dolar berikutan pendirian hawkish Federal Reserve (Fed) terus menyokongnya.

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester berkata walaupun dengan jumlah kenaikan kadar yang besar tahun ini, bank pusat itu masih belum dapat mengawal inflasi yang melonjak dan perlu terus dengan pengetatan dasar monetari.

Walaupun emas dianggap sebagai lindung nilai inflasi, namun kadar faedah yang lebih cenderung mendorong logam kuning itu untuk merosot.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat