Emas ‘Membisu’ Susulan Kenyataan Powell

434

Harga emas kekal mendatar di sekitar paras terendah empat minggu, gagal memberi reaksi ketara susulan kenyataan terbaru Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan stabil pada $1,876 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada sekitar harga $1,889 per auns.

Dagangan emas sedikit berubah apabila Powell mengulangi bahawa inflasi AS telah mula turun tetapi masih jauh lagi untuk kembali ke sasaran 2% Fed.

Namun, beliau berkata bahawa jika data pekerjaan kukuh dan angka inflasi terus meninggi, ia boleh memaksa Fed untuk menaikkan kadar faedah lebih jangkaan pasaran.

Ini menyebabkan pasaran berbelah bahagi dalam menilai kenyataan tersebut, yang melihat pendirian Powell sedikit berubah susulan pengukuhan laporan pekerjaan NFP  baru-baru ini.

Pun begitu, harga emas tidak banyak mempamerkan perubahan dengan kekal didagangkan berlegar di sekitar harga yang sama selepas kejatuhan mendadak yang dicatatkan Jumaat lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat