Emas Mula ‘Bearish’, USD Bakal Junamkan Harganya Lebih Jauh?

1,748

Emas jatuh semasa sesi Amerika Utara sekitar 0.4% di tengah-tengah pengukuhan USD walaupun bon Perbendaharaan AS turut jatuh.

Kekurangan data ekonomi Amerika Syarikat mendorong para pelabur untuk lebih fokus ke arah kenyataan Federal Reserve (Fed) selepas laporan pekerjaan diteliti pada Jumaat lepas.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,309.09 iaitu turun sebanyak 0.21% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi.

Buat masa ini, sentimen pasaran kewangan mula tertumpu apabila Fed mula melonggarkan dasarnya berikutan pengeluaran data ekonomi yang lebih lembut.

Jabatan Tenaga Kerja AS mendedahkan bahawa data Non-Farm Payroll (NFP) April mencapai 175,000 dengan kehilangan anggaran 315,000 pada bulan Mac.

Pasaran kini menunjukkan kemungkinan untuk berlakunya pemotongan satu perempat mata peratusan pada bulan September berubah daripada 55% berbanding sebelumnya iaitu 85%.

Namun begitu, nada hawkish baru-baru ini oleh Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari berkata bahawa bank pusat mungkin akan mengekalkan kadar faedah dan membuka laluan dalam menaikkannya jika inflasi tidak meneruskan aliran menurun seperti yang disasarkan.

Data-data ekonomi akan datang akan terus didorong berkenaan ucapan pegawai-pegawai Fed seperti Tuntutan Pengangguran Permulaan pada minggu lepas dan keluaran awal Sentimen Pengguna Universiti Michigan.

Melihat secara teknikal, emas mula tunjukkan pengunduran sejak kenaikan beberapa minggu lagu. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) memaparkan momentum pergerakan harga masih memihak kepada ‘buy’ dan para pelabur kini akan menantikan isyarat penurunannya.

Jika ia merosot melepasi bawah $2,300, sasaran arah seterusnya pada paras terendah 3 Mei iaitu $2,233 dan membuka pintu dalam menguji Purata Pergerakan Mudah (SMA) 50 hari pada pada posisi $2,249.

Jika sebaliknya, lonjakan harga emas akan berlegar sekitar pada tertinggi 26 April pada $2,352 dan menuju ke kawasan $2,400. Ia diikuti ke paras tertinggi seterusnya pada 19 April pada $2,417 dan ATH $2,431.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat