Emas Perlu Diberi Suntikan Tenaga Untuk Naik Tinggi Lagi!

912

Emas memulakan dagangan awal minggu ini dengan kekal didagangkan tinggi setelah mencatatkan peningkatan hampir 4% pada minggu lalu.

Pada sesi Eropah, logam berharga itu terus mengekalkan momentum pengukuhan dengan didagangkan pada $1,959 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,960 per auns (4.15 petang waktu Malaysia).

Pada awal sesi, harga emas mencapai tahap tertinggi sejak pertengahan September pada $1,965 per auns.

Keuntungan sederhana yang diraih logam kuning itu telah didorong oleh harapan bahawa kemenangan Joe Biden sebagai presiden baru Amerika Syarikat akan membawa kepada lebih banyak langkah rangsangan.

Emas cenderung untuk meraih manfaat daripada perlaksanaan langkah rangsangan secara meluas berikutan ia dianggap sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan penurunan nilai matawang.

Selain itu, pasaran juga mengharapkan pendekatan bank pusat yang lebih dovish untuk terus menyokong ekonomi AS ketidaksepakatan dalam Kongres, dan ia pastinya akan membawa kepada penurunan matawang US dolar.

Republikan dijangka akan terus menguasai Senat berikutan undian terkini yang menyaksikan parti itu lebih memiliki majoriti berbanding Demokrat. Usaha untuk Biden mengubah dasar mungkin sukar disebabkan masalah ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat