Empat Perkara yang Anda Perlu Tahu dalam Pembukaan Pasaran New York

47

US dollar melantun ke arah paras tertinggi 14 tahun lepas, Yen jatuh ke paras terendah 10 bulan lalu, Euro jatuh semula menghampiri paras terendah 2003, komoditi minyak meningkat semula. Ini antara topik bualan pemain pasaran dunia hari ini dalam pembukaan pasaran New York.

  • US dolar mendapat momentum semula

US dolar melantun semula ke arah paras tertinggi 14 tahun lalu berbanding matawang utama dunia yang lain pada Selasa dengan pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada peningkatan kadar faedah tahun hadapan. Yellen sebelum berucap di Baltimore dan mengatakan keyakinan kepada pasaran buruh US ketika ini yang menguatkan lagi potensi kenaikan kadar. Beliau mengatakan pasaran buruh ketika ini adalah yang paling kukuh dalam tempoh 10 tahun lepas.

Indeks US dolar (DXY) yang mengukur kekuatan dolar berbanding enam matawang utama dunia naik 0.25% dan didagangkan di paras 103.37 ketika ini. Indeks ini juga sedang menuju ke paras tertinggi 14 tahun lepas di 103.55 yang dicapai minggu lalu.

  • Yen Semakin menghampiri paras terendah 10 bulan yang lalu

US dolar dilihat mendaki ke paras 118.06 berbanding Yen berikutan sentimen terbaru Bank of Japan yang mengekalkan polisi monetarinya awal hari ini.

Bank pusat jepun ini masih mengekalkan kadarnya -0.1% dan akan terus mengekalkan kadar jangka panjang di paras 0.0%. BoJ meramalkan pemulihan yang sederhana berikutan peningkatan eksport, keyakinan perniagaan yang lebih baik, dan pengukuhan dalam perbelanjaan swasta. Walaubagaimanapun, jangkaan kepada Inflasi masih lemah berikutan risiko pembangunan di China, ekonomi US, Brexit dan situasi politik di Eropah.

  • Euro jatuh semula menghampiri paras terendah 2003

Matawang euro susut 0.2% kepada 1.0381 berbanding US dolar dan menuju ke paras terendah minggu lalu 1.0365. Ini adalah paras terendah sejak Januari 2003.

Keadaan keselamatan di Eropah juga memberi tekanan kepada situasi di sana dengan pembunuhan duta Rusia ke Turki pada Isnin. Beberapa jam selepas itu sebuah lori pula melanggar di sebuah kawasan membeli belah di pusat Berlin yang menyebabkan 12 orang terbunuh dan 50 orang cedera.

  • Komoditi minyak meningkat semula

Harga minyak dunia meningkat sederhana pada Selasa menjelang Krismas hujung minggu ini. Minyak (West Texas Intermediate, WTI) diniagakan pada $53.36 setong ketika ini berbanding $52.12 pada Isnin.

Peniaga dan penganalisis pasaran minyak mentah berkata bahawa tiada asas yang akan mendorong perubahan harga yang mendadak, sekali gus menjadikan komoditi tersebut agak suram.

Penganalisis kanan pasaran di Oanda, Singapura berkata pasaran agak tenang kerana ketiadaan peristiwa besar disamping musim cuti menjadikan harga tidak banyak berubah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat