Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (9 September 2024)
Data Inflasi China (9.30 Pagi) – Kadar inflasi China yang dijangka meningkat untuk laporan Ogos dilihat akan memulihkan sentimen pasaran global. Peningkatan inflasi menunjukkan perkembangan yang positif untuk ekonomi kedua terbesar dunia itu.
SELASA (10 September 2024)
Data Pekerjaan UK (2.00 Petang) – Beberapa komponen dalam laporan pekerjaan UK akan diperhatikan dengan angka ramalan agak bercampur. Kadar pengangguran dijangka menurun namun purata upah diramalkan lebih rendah.
RABU (11 September 2024)
Data KDNK UK (2.00 Petang) – Pertumbuhan bulanan ekonomi UK pada Julai lalu dijangka lebih positif dengan jangkaan untuk mencatat 0.2% berbanding pertumbuhan sifar pada laporan sebelumnya. Beberapa data lain akan diterbitkan bersama termasuk pengeluaran perindustrian.
Data Inflasi AS (8.30 Malam) – Menjelang mesyuarat FOMC yang semakin hampir, Federal Reserve akan memantau petunjuk penting situasi ekonomi AS melalui data inflasi AS minggu ini selepas menyusul laporan pekerjaan minggu lalu.
KHAMIS (12 September 2024)
Mesyuarat Polisi ECB (8.15 Malam) – Pelabur tidak sabar menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah yang dikatakan bakal melaksanakan pemotongan kadar yang agresif pada mesyuarat terbaru. Pemotongan sehingga 60 mata asas akan menjadikan kadar faedah turun kepada 3.65%.
Data PPI AS (8.30 Malam) – Selain data inflasi pengguna, pasaran juga akan turut memerhatikan laporan inflasi pengeluar di Amerika di mana akan turut memberi impak terhadap pergerakan mata wang US dolar.
JUMAAT (13 September 2024)
Data Keyakinan Pengguna AS (10.00 Malam) – Tinjauan terhadap sentimen keyakinan pengguna di Amerika akan menutup dagangan pada sesi terakhir minggu ini. Selain mempengaruhi US dolar, data ini juga memberi gambaran terhadap perbelanjaan dan aktiviti ekonomi secara keseluruhan.