“Hmm agak-agak perundangan stablecoin yang diluluskan dapat beri impak positif kat pasaran kripto tak?”
Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell semasa perbicaraan kongres baru-baru ini menyatakan minatnya yang mendalam bagi meluluskan perundangan stablecoin sebelum tahun 2024 berakhir sebagai tindak balas kepada soalan daripada Wakil Wiley Nickel.
Komitmen tersebut menggariskan keperluan mewujudkan rangka kerja undang-undang bagi penyediaan perkhidmatan stablecoin untuk meningkatkan kestabilan dan keselamatan urus niaga dalam Amerika Syarikat (AS).
Dicadangkan oleh Senator Cynthia Lummis dan Kirsten Gillibrand pada April 2024 sebagai bil komprehensif bagi mengawal selia stablecoin pembayaran, Akta Stablecoin Pembayaran Lummis-Gillibrand bertujuan kawal selia pasaran kripto yang akan melindungi para pengguna.
Menurut bil baharu itu, stablecoin pembayaran adalah aset digital direka bentuk yang digunakan sebagai medium pertukaran atau cara pembayaran yang ditebus melalui jumlah tetap dolar AS atau nilai stable yang setara dengan dolar AS.
Memang tidak dinafikan kebanyakan memuji pengenalan rang undang-undang itu sebagai satu cara bagi membawa kewarasan pada pasaran kripto dan melindungi pengguna, tetapi sebahagiannya pula menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kesan negatif terhadap inovasi.
Bukan itu sahaja, peraturan stablecoin yang dicadangkan turut menimbulkan persoalan tentang kesannya terhadap hak Pindaan Pertama di mana Coin Center menentang rang undang-undang yang mendakwa bahawa larangan terhadap stablecoin algoritma adalah bermasalah.
Biarpun mempunyai beberapa kebimbangan berhubung bagaimana rang undang-undang itu akan mempengaruhi inovasi dan pertuturan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coin Center Berry Brito memuji kerajaan susulan berusaha mengawal selia stablecoins.