Carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan penurunan harga ke paras terendah yang baru pada pembukaan awal minggu ini ketika US dolar mengekalkan momentum positif dari minggu lepas.
Sementara Pound pula didagangkan dalam tekanan pada minggu ini menjelang beberapa data ekonomi penting yang akan diterbitkan.
Di sesi Eropah sebentar lagi akan diterbitkan laporan pekerjaan UK sebelum data pertumbuhan ekonomi UK akan diberi tumpuan pada Rabu.
Tumpuan lebih utama pasaran adalah terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang bakal beri impak besar terhadap US dolar, menjadi indikator utama buat Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC yang semakin hampir.
Pada carta GBP/USD, terjunan harga selepas laporan NFP pada Jumaat lalu telah mencetuskan isyarat bearish dengan harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Penurunan harga dilanjutkan pada Isnin semalam melepasi zon sokongan semasa pada 1.31000 harga paras terendah baru dicecah sekitar 1.30700 di sesi New York semalam.
Lantunan perlahan harga berlaku namun terbatas di paras 1.31000 yang dilihat bertukar fungsi sebagai rintangan baru buat harga.
Pergerakan perlahan dilihat pada sesi Asia pagi ini (Selasa) namun masih dalam trend menurun dengan jangkaan paras terendah terbaru bakal dicatatkan lagi hari ini.
Sasaran adalah untuk harga menuju zon tumpuan 1.3000 dan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan bagi petunjuk arah selanjutnya.
Kenaikan harga jika melepasi kembali 1.31000 akan meningkatkan potensi lonjakan yang lebih tinggi semula.
Harga boleh mencapai kembali ke sasaran 1.32000 selepas dagangan pada minggu lalu gagal bertahan di atas zon tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG