Pengumuman pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) sebanyak 50 mata asas telah mempengaruhi pergerakan harga emas yang telah menunjukkan tanda-tanda menguat sementara mata wang US dolar sedang melemah di dagangan penghujung minggu.
Pemotongan 50 mata asas dianggap sebagai langkah pelonggaran agresif memandangkan jangkaan para pelabur hanyalah sebanyak 25 mata asas sahaja pada awalnya dengan penilaian pada data pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) suku kedua.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pada Khamis harga membuat kenaikan ke paras ketinggian 2594.00, gagal untuk menyentuh paras 2600.00 sebelum susut semula ke sekitar 2570.00.
Namun, dagangan yang bersambung pada hari ini (Jumaat) menyaksikan kenaikan berjaya diteruskan menembusi 2600.00 untuk sekali lagi emas pecah rekod tertinggi terbarunya.
Untuk harga terus menyambung momentum tersebut, pelabur menjangkakan zon 2670.00 sehingga 2700.00 sebagai sasaran harga untuk berkemungkinan dicapai.
Sekiranya harga susut semula di bawah 2600.00, kemungkinan menjadi amaran awal untuk corak penurunan harga emas bermula.
Jika penurunan lebih rendah diteruskan, harga bakal menuju semula ke sekitar 2550.00 yang merupakan paras yang dicecah harga ketika reaksi selepas mesyuarat fomc.
Untuk trend bearish diteruskan paras-paras tumpuan harga pada minggu-minggu sebelum ini akan menjadi sasaran seperti 2530.00, 2500.00 dan 2470.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW