Selepas gelora pada minggu lalu, para pelabur emas akan menantikan data-data penting sepanjang minggu ini bagi menentukan pergerakan harga emas dengan tumpuan utama adalah kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS).
Laporan pekerjaan NFP pada Jumaat lalu menunjukkan angka yang positif dengan kadar pengangguran mencatatkan penurunan dari 4.3% ke 4.2% manakala pertambahan pekerjaan juga bertambah jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya iaitu dari 89,000 kepada 142,000 namun tidak mencapai angka sasaran yang ditetapkan.
Pelabur menjangkakan kadar pemotongan kadar faedah yang kurang agresif seperti yang dijangka sebelum ini iaitu sebanyak 50 mata asas ekoran data NFP Ogos yang positif.
Berdasarkan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar,harga emas dilihat hampir memecah rekod terbaru ketika reaksi data NFP diterbitkan itu namun gagal apabila menjunam dari ketinggian 2529.00 hingga mencecah 2485.00.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga dilihat berlegar di sekitar 2500.00 sebelum pamerkan penurunan di sesi Eropah.
Dengan momentum minggu lalu, harga menunjukkan kecenderungan untuk meneruskan penurunan ke zon 2470.00.
Namun untuk mencecah ke zon tersebut, harga perlu melepasi dahulu paras kejatuhan pada Jumaat lalu sekitar 2484.00.
Sekiranya kenaikan yang berlaku, harga emas berpotensi untuk sampai pada zon 2520.00 sebagai zon rintangan tumpuan untuk diuji.
Namun, paras 2500.00 perlu dilepasi terlebih dahulu sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.