Pasaran emas menyaksikan kenaikan semalam apabila data JOLTS yang dikeluarkan di sesi New York melemahkan US dolar apabila tawaran pekerjaan sebanyak 7.67 juta pada Julai menunjukkan angka yang terendah sejak April 2021.
Selain itu, para pelabur hari ini akan menantikan terbitan data ADP, tuntutan pengangguran dan tinjauan PMI perkhidmatan yang bakal dikeluarkan malam ini.
Seterusnya, laporan NFP akan menjadi tumpuan pada Jumaat memandangkan data tersebut akan menjadi rujukan Rizab Persekutuan (Fed) untuk menentukan kadar faedah pada mesyuarat terbaru untuk edisi September.
Berdasarkan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat pulih semula ke paras 2500.00 selepas kejatuhan mencecah sekitar 2472.00 semalam.
Bersambung pada dagangan hari ini (Khamis), harga emas dilihat meneruskan kenaikan di sesi Eropah melepasi paras 2500.00.
Kenaikan yang diteruskan dengan momentum positif itu dilihat mencapai sekitar 2515.00 setakat dagangan jam 5.30 petang waktu tempatan dengan jangkaan corak tersebut akan berterusan pada sesi berikutnya.
Sekiranya momentum tersebut berjaya dikekalkan, zon 2520.00-2530.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon rintangan penting tersebut.
Jika zon tersebut berjaya dilepasi, pelabur akan menyaksikan sejarah baru tercipta lagi buat emas.
Sebaliknya, jika penurunan harga kembali dipaparkan, para pelabur akan menjangkakan paras 2500.00 akan kembali dihampiri semula.
Untuk penurunan lanjut dengan isyarat pergerakan bearish yang tercetus, harga emas berisiko untuk jatuh hingga mencecah sekitar zon 2470.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW