Walaupun pergerakan tidak begitu ketara, tapi cukup untuk menggusarkan kembali hati para pelabur emas apabila menyaksikan corak penurunan harga dilanjutkan lagi semalam.
Setelah mendatar di awal minggu, harga emas pada Selasa semalam susut lebih rendah yang dilihat menyambung kembali kejatuhan yang telah dipaparkan pada dagangan penghujung minggu lepas.
Dengan ketidaktentuan pasaran yang dijangka pada minggu ini berdepan data-data berimpak tinggi dan acara mesyuarat bank-bank pusat khususnya FOMC, logam kuning itu juga tidak terlepas dengan risiko semasa.
Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dikhuatiri jatuh lebih rendah minggu ini berdasarkan corak yang dipaparkan pada perubahan arah minggu lepas.
Penganalisis masih melihat isyarat bearish buat harga emas yang kekal bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan harga semalam telah mencecah sekitar 2633.00 sebelum berlaku lantunan perlahan harga yang menyambung dagangan hingga ke sesi Asia pagi ini (Rabu), namun terbantut di sekitar 2650.00 dan dilihat gagal melepasi halangan MA50.
Harga cenderung untuk melanjutkan penurunan lebih rendah dengan sasaran untuk menuju sehingga sekitar 2600.00.
Reaksi menarik harga dijangka di sekitar zon tersebut untuk pelabur memerhatikan petunjuk untuk arah harga selanjutnya.
Namun jika harga melonjak naik melepasi 2650.00, paras 2670.00 pula perlu dilepasi untuk harga keluar dari zon penting tersebut.
Seterusnya kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk harga menuju ketinggian sekitar 2720.00 yang merupakan zon rintangan penting diuji minggu lalu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.