Corak pergerakan mendatar harga emas dilihat semakin meruncing menyambung dagangan pada awal minggu ini.
Perubahan pada US dolar menjadi faktor utama mempengaruhi turun naik harga emas ketika ini.
Jika pada awal Mac, harga emas berjaya memecah rekod tertinggi sepanjang masa namun harga mula bergerak mendatar sepanjang minggu lalu.
Kini tumpuan terarah kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang akan memberi impak besar terhadap US dolar, sekaligus akan memacu pergerakan emas.
Pelabur memerhati carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di awal minggu ini.
Harga berlegar di atas zon 2145.00 dan menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang masih memberi isyarat bearish untuk pergerakan harga semasa.
Sepanjang sesi Asia hari ini harga perlahan di paras 2160.00 sebelum turun sedikit pada pembukaan sesi Eropah petang ini.
Penurunan harga dilihat akan menguji zon 2145.00 seperti yang berlaku pada Isnin semalam yang dilihat sebagai support semasa buat harga.
Jika berlaku penurunan yang lebih rendah melepasi zon itu, harga berisiko untuk menjunam lebih rendah hingga mencecah ke sekitar 2080.00.
Situasi boleh berubah dengan lonjakan harga emas boleh berlaku melepasi halangan MA50 sebelum menuju ke paras lebih tinggi.
Paras tertinggi 2195.00 yang dicapai sebelum ini bakal dicabar sebelum harga mencapai paras sasaran 2200.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW