Harga emas membuat kenaikan semalam selepas data pekerjaan ADP yang dikeluarkan semalam kurang baik yang menyaksikan penurunan jumlah bilangan pekerja sektor swasta pada bulan Ogos, tidak termasuk industri perladangan dan kerajaan.
Angka yang dikeluarkan semalam ialah 99K lebih rendah daripada jangkaan (144K) dan angka pada bulan sebelumnya (111K).
Namun, kenaikan harga emas tidak ketara memandangkan data tuntutan pengangguran dan perkhidmatan PMI menunjukkan angka yang positif.
Malam ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh para pelabur memandangkan data NFP bakal dikeluarkan akan menjadi petunjuk penting kepada pasaran.
Data ini menjadi tumpuan para pelabur kerana NFP merupakan salah satu penanda yang diperhatikan oleh Rizab Persekutuan (FED) untuk menentukan kadar faedah.
Berdasarkan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menunjukkan momentum meneruskan kenaikan ke atas dari paras 2490.00 hingga mencapai ketinggian 2520.00 sebelum jatuh semula.
Pada dagangan hari Jumaat, harga emas dilihat meneruskan kenaikan namun kekal terbatas di bawah paras 2520.00.
Harga emas berpotensi untuk menguji zon 2527.00-2530.00 yang merupakan rintangan pada minggu lalu, sekiranya harga masih ingin meneruskan momentum tersebut.
Sekiranya harga mampu melepasi paras tersebut, zon tumpuan seterusnya tidak dapat dijangkakan oleh pelabur memandangkan 2530.00 merupakan yang tertinggi dalam sejarah dicapai harga pada Ogos lalu.
Sebaliknya, jika emas ingin membuat penurunan, pelabur menjangkakan paras 2500.00 berpotensi untuk harga cecah dan menguji paras tersebut.
Untuk penurunan lanjut selepas isyarat perubahan trend bearish, harga emas berisiko untuk jatuh hingga mencecah sekitar zon 2473.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW