Harga emas kelihatan bergerak perlahan pada ketika ini dijangkakan pelabur masih berhati-hati dengan keadaan pasaran yang sedang menunggu data-data penting yang bakal dikeluarkan esok (Khamis).
Pasaran emas dijangka kembali rancak selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan pada awal pagi Khamis, jam 2.00 pagi waktu malaysia.
Selain itu, pasaran emas juga berpotensi dipengaruhi oleh data-data lain yang bakal dikeluarkan seperti tuntutan pengangguran dan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Berdasarkan carta harian, harga emas sedang membuat pergerakan downtrend selepas papar kenaikan ke paras yang tertinggi terbaru.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga berada di paras sekitar 2508.00 di sesi Eropah hari ini setelah melakukan momentum kenaikan ke paras tertinggi harga 2531.00 semalam.
Sekiranya harga ingin melakukan penurunan, paras 2490.00 dilihat akan menjadi sasaran untuk harga menguji zon penting tersebut.
Melepasi zon tersebut akan memberi isyarat penurunan harga untuk diteruskan dengan paras sekitar 2456.00 akan menjadi sasaran seterusnya.
Untuk harga melakukan trend bullish pula, penganalisis pasaran menjangkakan harga emas berpotensi untuk meningkat hingga ke paras 2531.00 iaitu paras paling tinggi dalam sejarah.
Pelabur optimis untuk kenaikan harga namun sukar menjangkakan sasaran seterusnya sekiranya kenaikan diteruskan berikutan harga emas berada di paras yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.