Tumpuan pasaran pada hari ini akan tertumpu kepada data PMI Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang bakal dikeluarkan pada sesi New York.
Data tersebut bakal memberikan pandangan tentang keadaan sektor penting yang turut boleh pengaruhi pergerakan emas semasa.
Selain itu, para pelabur juga sedang dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan terdapat banyak data yang dapat mempengaruhi pasaran emas sepanjang minggu ini dan yang paling dinantikan ialah laporan pekerjaan NFP.
NFP akan menjadi tumpuan para pelabur memandangkan data tersebut akan menjadi rujukan Rizab Persekutuan (Fed) untuk menentukan kadar faedah pada mesyuarat terbaru.
Berdasarkan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat menunjukkan penurunan di sesi Asia pagi ini (Selasa) selepas kenaikan mencapai sekitar 2507.00 semalam.
Walaupun harga melakukan penurunan, harga emas masih kekal bertahan dan tidak melepasi zon 2490.00.
Berdasarkan pergerakan harga emas semasa, dapat dilihat harga sedang membuat kenaikan pada awal sesi Eropah melepasi semula paras 2500.00.
Sekiranya harga ingin meneruskan momentum tersebut, paras 2530.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon rintangan penting itu.
Jika zon tersebut berjaya dilepasi, rekod terbaru sejarah harga emas bakal tercipta sekali lagi.
Sebaliknya, jika harga membuat penurunan semula di bawah paras 2500.00, risiko untuk kejatuhan adalah tinggi dan para pelabur bakal menjangkakan zon 2470.00 akan menjadi tumpuan.
Untuk penurunan lanjut yang diteruskan, harga emas berisiko untuk jatuh hingga ke sekitar 2450.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG