Walaupun berlaku penyusutan nilai sedikit pada minggu lalu, namun dolar Australia telah berjaya mengekalkan corak peningkatan berbanding US dolar yang berterusan untuk 3 minggu berturut-turut.
Walaupun pada mesyuarat polisi minggu lepas menyaksikan kadar faedah dikekalkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA), namun gabenor Michele Bullock menyatakan perbincangan bersama ahli lembaga mesyuarat yang tidak melihat langkah pemotongan kadar faedah untuk dilakukan dalam tempoh terdekat.
Justeru, dolar Australia berjaya kekalkan prestasi baik ketika US dolar pula dibebani oleh tekanan selepas Federal Reserve (Fed) laksanakan pemotongan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat terbarunya.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga yang susut pada awal September kemudiannya beransur meningkat dan berterusan untuk minggu-minggu berikutnya sehingga ke penghujung September.
Sehingga dagangan di awal minggu semalam yang menjadi hari terakhir September juga penutup bagi suku ketiga 2024, harga pada carta AUD/USD telah berada di atas zon 0.69000.
Ini merupakan paras tertinggi sejak dagangan Februari 2023.
Menunjukkan corak peningkatan sederhana, paras tertinggi yang telah dicatatkan sejak Isnin semalam adalah sekitar 0.69400.
Pergerakan harga perlahan di bawah paras tersebut sepanjang sesi Asia pagi ini (Selasa) sambil meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.
Isyarat buat harga kekal bullish yang akan menjangkakan paras ketinggian terbaru akan terus dicatatkan lagi minggu ini.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi terlihat pada puncak 0.70000 untuk diuji harga.
Belum lagi ada sebarang petunjuk jelas untuk perubahan arah harga berlaku, namun pelabur kekal berhati-hati.
Jika harga susut di bawah paras 0.69000, corak penurunan harga berkemungkinan akan bermula sebelum harga menuju sekitar 0.68000.
Penurunan lebih rendah sekiranya dilanjutkan akan mengalihkan sasarannya kepada sekitar 0.67000 pula.
See the picture of the price chart of the AUD/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW