Dolar Australia memulakan dagangan Disember pada pembukaan awal minggu ini dengan suram menandakan bulan ketiga berturut-turut kejatuhan.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah memaparkan penurunan sejak awal Oktober lalu dan berterusan sehingga ke bulan lalu.
Pada minggu lalu, harga dilihat mencecah paras 0.644000 dan harga kekal mendatar di atasnya sehingga ke awal minggu ini.
Namun pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga susut lebih rendah di bawah paras tersebut berikutan reaksi pasaran terhadap data pertumbuhan ekonomi Australia yang diterbitkan.
Pertumbuhan pada suku ketiga meningkat perlahan kepada 0.3%, gagal mencapai sasaran 0.5%.
Situasi dilihat mendorong bank pusat untuk melaksanakan pelonggaran dasar monetari ketika kadar faedah masih dikekalkan di paras 4.35% sepanjang tahun ini.
Sementara, US dolar yang mula pamerkan pengukuhan di awal minggu ini juga dilihat menjadi faktor menekan harga ke paras lebih rendah.
Penurunan sekitar 80 pips dipamerkan pada sesi Asia pagi ini mencecah paras terendah terbaru 4 bulan pada 0.64100.
Namun ada lantunan semula harga ke paras 0.64400 yang dijangka akan memaparkan petunjuk bagi arah selanjutnya.
Jika susut semula, paras terendah baharu bakal dicatatkan dengan sasaran untuk menuju sehingga 0.63500 yang menjadi paras paling rendah harga untuk tahun ini ketika penurunan pada awal Ogos lalu.
Namun jika harga melonjak lebih tinggi dari paras 0.64400, corak kenaikan akan dipamerkan semula dengan sasaran menuju 0.65400 sebagai rintangan sebelum ini.
See the picture of the price chart of the AUD/USD pair below for your technical analysis reference.