Harga gergasi kripto, Bitcoin turun menuju ke paras $90,000 pada dagangan minggu ini selepas menghampiri untuk membuka kedudukan enam angka. Pasaran alami kehilangan sekitar $200 billion daripada gabungan pasaran yang bernilai $3.2 trillion.
Selain itu, dasar Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan Wall Streets pada tahun hadapan mengheret rasa cemas dalam kalangan pelabur selepas jutawan kripto, Michael Novogratz memberi amaran ia boleh jatuh ke paras $80,000.
Novogratz meramalkan kejatuhan harga Bitcoin selepas kemenangan Donald Trump yang memberikan satu anjakan tinggi dan pasaran akan segera mengambil keuntungan selepas ia berada di puncak harga.
Katanya lagi, hampir kesemua kabinet pentadbirannya memiliki Bitcoin sebagai sokongan ke atas aset digital dan beliau percaya gergasi kripto itu akan melepasi $100,000 pada masa akan datang.
Harga Bitcoin dan kripto telah melonjak sejak pemilihan Donald Trump sebagai presiden yang dianggap secara meluas sebagai petanda pelonggaran peraturan ketat yang diadukan oleh syarikat kripto menyekat industri dan pasaran.
Dan Morehead, pengasas syarikat pelaburan bitcoin dan kripto Pantera telah meramalkan pentadbiran Trump yang akan datang boleh membantu harga Bitcoin mencecah $740,000 menjelang April 2028 serta permodalan pasaran sebanyak 15 trillion.