Harga Bitcoin telah naik semula ke paras $60,000 selepas ia jatuh sekitar $50,000 disebabkan oleh ‘extreme fear’ yang menguasai sentimen pasaran meluas.
Buat masa ini, para pelabur akan mencari tanda-tanda pasaran boleh menuju ke arah pemulihan.
Pengurus aset terbesar dunia dan pengeluar dana dagangan bursa spot Bitcoin (ETF), BlackRock memberi amaran bahawa pasaran kripto berhadapan ketidaktentuan harga dan meramalkan Fed tidak akan mengurangkan kadarnya secepat yang dijangkakan pasaran.
Ahli Strategi Blackrock Investment Institute, Jean Boivin berkata mereka melihat pelbagai faktor yang mendorong ke arah naik turun pasaran terutamanya kebimbangan kemelesetan yang bangkit semula disebabkan oleh data-data ekonomi yang lemah, pilihan raya Amerika Syarikat dan aktiviti pengambilan untung besar-besaran.
Minggu lalu, laporan pekerjaan AS yang lebih lemah daripada jangkaan telah mencetuskan kejatuhan harga Bitcoin dengan pasaran pekerjaan yang semakin perlahan mencetuskan kebimbangan Fed.
Pasaran kini sedang menunggu terlalu lama untuk mengurangkan kadar faedah dan boleh menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan.
Selain itu, penganalisis Bernstein berkata bahawa harga Bitcoin boleh jatuh hampir 50% kepada sekitar $30,000 jika calon Parti Demokrat 2024, Kamala Harris memenangi pilihan raya presiden AS pada November.
Mereka juga berpendapat bahawa kemenangan bekas presiden AS iaitu calon Republikan, Donald Trump mampu melonjakkan harga Bitcoin ke paras $90,000 kerana sokongan tingginya menjelang pilihan raya.