Ketika US dolar alami tekanan selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi, mata wang Yen dilihat mengekalkan prestasi dagangannya yang cemerlang untuk terus kukuh pada beberapa sesi.
Federal Reserve (Fed) seperti dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat terbaru, namun lebih menjadi perhatian pasaran apabila Pengerusi Jerome Powell memberi isyarat persediaan untuk melaksanakan langkah pemotongan kadar faedah jika situasi bersesuaian.
Sementara itu, bank pusat Jepun pada Rabu semalam dilihat mengambil pendekatan yang berbeza berbanding landasan kebanyakan bank pusat untuk beralih kepada pelonggaran dasar.
Bank of Japan (BOJ) mengumumkan kenaikan kadar faedah mereka ke paras 0.25% dan turut merancang untuk mengurangkan pembelian bon.
Kedua-dua langkah ‘hike rates’ dan ‘tapering’ itu adalah langkah yang digunakan bank pusat ketika fasa pengetatan dasar monetari yang boleh mendorong peningkatan nilai mata wang.
Justeru, pelabur dapat melihat arah pergerakan yang jelas pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY pada minggu ini.
Trend bearish dikekalkan untuk beberapa minggu dan sehingga semalam, harga telah berjaya susut semula ke paras 150.00.
Di sesi Asia pagi ini (Khamis), harga yang bermula di sekitar tersebut melanjutkan penurunan lebih rendah mencecah 148.500 namun melantun semula ke paras 150.00.
Pergerakan harga kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY itu yang menunjukkan trend bearish berterusan.
Untuk jangkaan penurunan lebih rendah harga selepas ini, sasaran adalah pada sekitar 147.00 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 5 bulan.
Namun jika harga berjaya kekal di atas zon 150.00, ada potensi untuk pemulihan harga berlaku hingga ke sekitar 152.00 semula.
See the picture of the price chart of the USD/JPY pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW