“Hmm agak-agak harga BTC akan meneruskan kenaikan atau tidak?”
Memberi kejutan pada seluruh pasaran mata wang crypto, harga Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya bangkit semula sehingga $66,640 apabila terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) semalam susut 3.4% daripada 3.5%.
Penurunan tersebut bukan sahaja menimbulkan peningkatan aktiviti dalam BTC malah minat yang ketara daripada bank global utama susulan banyak pihak termasuk pelabur mungkin melihat BTC sebagai lindung nilai terhadap ketidakstabilan ekonomi.
It is not denied Federal Reserve (Fed) pada masa ini sedang menggunakan pendekatan tunggu dan lihat secara berhati-hati, tetapi data terkini mungkin dapat mempercepatkan garis masanya dalam melakukan pemotongan kadar faedah.
Pendakian harga BTC turut didorong oleh minat institusi yang kian meningkat di mana bank terkemuka seperti JPMorgan dan Wells Fargo termasuk bank antarabangsa UBS serta Bank of Montreal telah melakukan pelaburan yang besar dalam spots BTC ETF.
Lebih menyemarakkan momentum pasaran kripto adalah pelaburan daripada entiti seperti Lembaga Pelaburan Negeri Wisconsin yang melabur $99 juta dalam spot BTC ETF BlackRock sehingga mencetuskan peningkatan kesahihan dan kestabilan BTC sebagai kelas aset.
Suka dimaklumkan bahawa harga BTC melihat kenaikan secara besar-besaran disebabkan pembangunan berterusan dalam sektor ETF digabungkan bersama faktor makroekonomi yang sejak kebelakangan ini makin diperkatakan.
Menurut Timothy Peterson, Pengasas Penasihat Alternatif dan Pengurus Pelaburan Cane Island, BTC mampu mencecah paras paling dinanti-nantikan iaitu $100,000 menjelang suku keempat 2024 atau suku kedua 2025 jika kadar hasil jatuh dalam julat 6% dan 7%.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 7.14% pada paras $66,058 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 7.46 sepanjang minggu lepas.