Emas memanjangkan aliran kenaikan tinggi pada dagangan Rabu berikutan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat serta meningkatkan keyakinan Fed akan mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC akan datang.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2,716.87 iaitu hilang 0,8% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Biro Statistik Buruh AS (BLS) melaporkan Indeks Harga Pengguna (CPI) AS kekal kukuh pada November apabila angka utama dan teras sejajar dengan anggaran pakar ekonomi.
Data berikut mentapkan jangkaan setinggi 92% untuk pemotongan kadar 25 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) dan mengurangkan kadar kepada 4.45% hingga 4.50% di penutup tahun 2024.
Sementara itu, penganalisis di Goldman Sachs menyatakan bahawa bank pusat China (PBOC) akan meningkatkan belian emas sepanjang tempoh kelemahan mata wang tempatan bagi meningkatkan keyakinan ke atas mata wang mereka.
Memandangkan angka CPI sudah diberikan perhatian, tumpuan pelabur akan beralih kepada keluaran Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan nombor Tuntutan Pengangguran Permulaan.