Catatan nilai emas masih kekal di bawah $2,400 selepas melanjutkan kejatuhannya sejak penghujung minggu lepas apabila hasil Perbendaharaan AS naik di tengah-tengah peningkatan dalam mod pasaran.
Ketegangan yang meningkat di Timur Tengah semakin mengehadkan kerugian emas daripada lakukan penjunaman jauh.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,382.20 per auns iaitu turun sebanyak 0.39% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia hari Rabu.
Walau bagaimanapun, pemulihan pasaran sempat berlaku pada Isnin apabila indeks ekuiti Eropah dan AS mencatatkan keuntungan yang kukuh.
Selain itu, kedudukan mata wang dolar AS kekal meraih tarikan para pelabur dan menjadi dorongan utama penurunan harga logam kuning terkenal itu. Indeks Dolar AS (DXY) catat positif berbanding mata wang utama lain dengan meningkat 0.30% kepada 102.97.
Hasil Perbendaharaan AS yang tinggi juga menyekat kenaikan harga emas buat masa ini. Penanda aras 10 tahun AS meningkat sepuluh mata asas kepada 3.892% walaupun sentimen luas meyakini Fed akan laksanakan pemotongan kadar faedah 50 mata asas pada mesyuarat September.
Dari sudut geopolitik, konflik perang semakin membara selepas Hizbullah melancarkan serangan ke atas Israel utara dan ini meningkatkan prospek emas menuju semula ke arah $2,400.
Mengenai dasar bank pusat, penggubal dasar Federal Reserve (Fed) yang disampaikan oleh Fed San Francisco, Mary Daly berkata terdapat dua risiko penting yang menjadi tumpuan utama dan mereka terbuka untuk mengurangkan kos pinjaman pada mesyuarat akan datang.