Emas telah mencatatkan kenaikan untuk dua hari berturut-turut pada awal minggu di tengah-tengah pengukuhan mata wang dolar AS.
Namun, ia masih mengekalkan posisi sederhana apabila sentimen pasaran kini lebih berhati-hati menjelang pengeluaran data-data penting ekonomi AS. Buat masa ini, minit mesyuarat FOMC akan menjadi perhatian utama bagi melihat keputusan jelas berkenaan dasar monetari terkini.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,312.41 iaitu susut sedikit sebanyak 0.15% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi.
Doket ekonomi AS pada hari Selasa kekal terhad dengan Indeks Optimis Perniagaan Kecil NFIB pada bulan Mei melebihi anggaran daripada April.
Walau bagaimanapun, Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka kekal kukuh tidak ketara berbanding sebelumnya walaupun Federal Reserve (Fed) telah menaikkan kadar lebih daripada 500 mata asas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Selepas laporan CPI dibentangkan oleh Jerome Powell, Fed akan mengeluarkan penyata dasar monetarinya dan Ringkasan Unjuran Ekonomi (SEP) yang memberikan gambaran jelas tentang hala tuju sama ada untuk dilonggarkan atau menyambung pengetatannya.
Peserta pasaran menganggarkan berlakunya pemotongan kadar faedah sebanyak 25 hingga 28 mata asas oleh Fed pada penghujung 2024.
Dalam pada itu, hasil nota Perbendaharaan 10 tahun AS susut enam mata asas kepada 4.41% dan ini akan menyukarkan logam kuning untuk lakukan pendakian. Kesannya, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat berbanding enam mata wang utama lain sebanyak 0.15% kepada 105.25.