Emas merosot di penghujung dagangan Khamis apabila para pelabur mencerna angka tuntutan pengangguran AS terkini menjelang laporan Non-Farm Payroll (NFP) November.
Pada jam 9.40 pagi, harga emas berada pada paras $2,623.99 iaitu susut 0.31% semasa di awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Logam kuning berharga itu menurun apabila hasil bon Perbendaharaan AS meningkat manakala pasaran kini mengurangkan pertaruhan bahawa Fed AS akan menurunkan pemotongan kadar 25 mata asas pada mesyuarat Disember.
Walau bagaimanapun, data pekerjaan AS yang bercampur-campur pada minggu ini mencetuskan rasa ragu-ragu dalam kalangan pelabur tentang keputusan Fed.
Jabatan Tenaga Kerja AS mendedahkan bahawa tuntutan pengangguran terbaru melebihi konsensus dan Biro Analisis Ekonomi mengumumkan bahawa defisit perdagangan AS mengecil pada Oktober.
Sementara itu, emas bergerak terhad selepas ucapan Jerome Powell pada Rabu dengan menyebut ekonomi kekal teguh dan beliau merasakan kedudukan semasa serta dasar monetari bergerak seiring. Powell juga berkata bank pusat perlu lebih berhati-hati di saat Fed kini bernada neutral.
Buat masa ini, pelabur akan perhatikan keluaran angka Non-Farm Payroll (NFP) November dan Sentimen Pengguna Universiti Michigan.