Emas kekal terperangkap di sekitar paras $2,625 untuk hari kedua walaupun bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif ke atas tiga negara rakan dagangan utamanya selain ketidaktentuan geopolitik apabila Hizbullah dan Israel bersetuju untuk laksanakan gencatan senjata.
Tepat jam 9.25 pagi, harga emas berada pada paras $2,630.23 iaitu kurang 0.11% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Sementara itu, pelabur meneliti minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang baru dikeluarkan dengan terdapat jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) boleh pertimbangkan untuk menghentikan sementara pengurangan kadar bagi menahan paras inflasi yang tinggi.
Walau bagaimanapun, dasar Trump yang ingin mengenakan tarif ke atas Kanada, Mexico dan China meningkatkan pengukuhan USD serta kebimbangan perang perdagangan global.
Kejatuhan harga emas pada hari Isnin diburukkan lagi dengan persetujuan gencatan senjata di Timur Tengah dan lantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS dalam pentadbiran Donald Trump akan datang.
Ini akan meningkatkan selera risiko dan mengurangkan permintaan untuk status aset selamat seperti emas.
Menjelang minggu ini, doket ekonomi AS akan menampilkan Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga, Pesanan Barangan Tahan Lama, Tuntutan Pengangguran Permulaan dan tolok inflasi pilihan Fed iaitu Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE).