Pergerakan bercampur dipaparkan pada carta-carta utama khususnya melibatkan mata wang US dolar yang dilihat gagal untuk meneruskan corak pengukuhan di awal minggu.
Walaupun tidak begitu merosot, namun prestasi US dolar dilihat hambar untuk beberapa hari ini berkemungkinan pelabur sedang berwaspada menantikan petunjuk penting pada komponen-komponen data pekerjaan Amerika Syarikat (AS).
Data JOLTS pada Selasa lalu hadir dengan bacaan yang baik, namun bacaan ADP yang diterbitkan pada sesi New York Rabu semalam menunjukkan pertambahan pekerjaan swasta yang menurun pada November, lebih rendah berbanding angka ramalan.
Ini memberi isyarat suram bagi laporan pekerjaan NFP pada Jumaat yang akan menjadi panduan penting kepada Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC terakhir 2024 beberapa minggu lagi.
Carta pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan mendatar harga pada Selasa dan Rabu semalam, berbanding penurunan 100 pips pada awal minggu.
Pelabur menantikan petunjuk harga pada zon penting 1.0500 di mana menjadi ‘hotspot’ harga untuk beberapa sesi dagangan.
Sehingga bersambung ke sesi Asia pagi Khamis ini, harga mendatar perlahan di atas 1.05000 namun belum cukup meyakinkan pelabur untuk menjangkakan arah selanjutnya harga.
Sekiranya lonjakan berjaya mengatasi ketinggian semalam sekitar 1.05400, kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji rintangan pada zon 1.06000 yang menjadi tembok kental beberapa minggu kebelakangan ini.
Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan akan mensasarkan pula pada ketinggian 1.07000.
Sebaliknya jika harga menjunam di bawah 1.05000, isyarat bearish yang dikenalpasti akan mendorong jangkaan harga untuk menuju sekitar 1.04000.
Pelabur akan kekal berhati-hati untuk dagangan beberapa sesi ini sebelum diterbitkan laporan pekerjaan NFP.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.