US dolar pada dagangan di penghujung minggu ini memaparkan prestasi suram selepas berakhirnya mesyuarat FOMC awal pagi Khamis semalam.
US dolar nampaknya gagal mengukuh walaupun Federal Reserve (Fed) dilihat akan terus mengekalkan dasar yang ketat di samping turut mengumumkan langkah pengetatan kuantitatif.
Namun, penganalisis pasaran menjangkakan bahawa US dolar akan mengukuh semula dalam tempoh terdekat berikutan isyarat hawkish selepas mesyuarat FOMC semalam.
Pelabur berhati-hati untuk dagangan penghujung minggu ini dengan tumpuan terarah kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi petunjuk Fed seterusnya.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga melonjak di atas paras 1.07000 ketika reaksi awal mesyuarat FOMC.
Namun pada sesi Eropah semalam, ada penurunan yang dipaparkan namun harga melantun semula di atas paras 1.07000 di sesi berikutnya.
Lantunan itu berlaku setelah harga menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut di sekitar 1.06800.
Pergerakan harga masih menunjukkan isyarat bullish dan kenaikan perlahan harga diteruskan pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi Jumaat ini.
Kenaikan harga akan cuba mengatasi ketinggian minggu lalu sekitar 1.07500 sebelum kenaikan diteruskan untuk menuju sasaran berikutnya pada 1.08000.
Namun waspada jika terdapat sebarang petunjuk untuk US dolar kembali mengukuh semula dan bakal membenamkan harga jatuh ke bawah.
Penurunan harga di bawah paras 1.07000 dan melepasi garisan sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal perubahan trend bearish.
Penurunan harga akan menguji paras terendah mingguan sekitar 1.06500 sebelum penurunan yang dilanjutkan akan mensasarkan zon support terdahulu pada 1.06000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW