Setelah paparkan corak pergerakan bearish dari awal minggu, carta pasangan mata wang GBP/USD telah menunjukkan isyarat perubahan trend apabila lonjakan ketara harga berlaku pada awal pagi tadi.
Situasi yang tercetus adalah didorong oleh reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat FOMC terbaru dengan petunjuk penting disampaikan oleh bank pusat.
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti dijangkakan dan pasaran melihat isyarat unjuran dikekalkan untuk penurunan kadar faedah sebanyak 3 kali pada tahun ini.
US dolar ketara melemah selepas mesyuarat berlangsung dan mendorong lonjakan sekitar 100 pips pada carta GBP/USD.
Namun, pelabur akan terus berwaspada pada hari ini untuk menantikan pula keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada jam 8 malam ini.
Kadar faedah dijangka untuk kekal di paras 5.25% selain ucapan susulan akan diperhatikan untuk petunjuk dasar yang selanjutnya.
Memerhati carta GBP/USD, harga yang berlegar di zon 1.27000 semalam kemudiannya telah melonjak sehingga hampir mencapai zon 1.28000 di penghujung sesi New York.
Isyarat bullish dilihat setelah harga melonjak semula di atas garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan harga perlahan di sesi Asia pagi ini namun telah menyentuh paras 1.28000 yang menjadi zon penting untuk dilepasi sebelum harga teruskan kenaikan lebih tinggi.
Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai paras ketinggian 1.29000 sebagai zon rintangan tumpuan berikutnya buat harga.
Namun jika berlaku penurunan harga semula, paras 1.27000 akan kembali dicecah dan diuji sebelum isyarat perubahan trend diperhatikan.
Berjaya untuk turun lebih rendah boleh menjangkakan harga untuk menuju ke zon support sekitar 1.26000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW