US dolar alami penyusutan lebih jelas pada sesi New York semalam susulan dipengaruhi oleh laporan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) yang suram.
Kadar inflasi pengeluar AS untuk Julai adalah lebih rendah berbanding ramalan dan mencetuskan jangkaan data inflasi pengguna (CPI) yang bakal diterbitkan malam ini pula turut lemah.
Jangkaan untuk pelonggaran dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) semakin meningkat, namun situasi pasaran akan ditentukan berdasarkan angka CPI malam nanti.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah paparkan pergerakan menaik yang jelas selepas mendatar sejak minggu lalu di atas zon 1.09000.
Lonjakan harga hingga ke penghujung sesi New York dilihat mencapai sasaran pada paras 1.10000 yang merupakan zon rintangan penting turut diuji pada minggu sebelum ini.
Pergerakan harga kekal menunjukkan isyarat bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Harga mendatar perlahan di sekitar 1.10000 menyambung dagangan pada awal sesi Asia pagi ini.
Sekiranya harga menunjukkan pergerakan melepasi paras 1.10000, corak kenaikan semalam bakal diteruskan lagi sekaligus mendorong harga catatkan paras tertinggi terbaru 7 bulan.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju sasaran pada 1.11000 pula.
Namun jika rintangan 1.10000 gagal harga lepasi, penurunan boleh berlaku semula untuk harga kembali hampiri semula zon sokongan sebelum ini pada 1.09000.
Penurunan yang diteruskan di bawah zon tersebut akan mencetus isyarat bearish buat harga dengan risiko kejatuhan lebih rendah bakal berlaku.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW